Friday, April 25, 2008

Isu baju ke sikap 'diva'?

(01-03-2007 01:22:20 PM)
SEBENARNYA Kakak Tua tidak teruja pun nak tahu pasal kontroversi `kehilangan' DJ popular, Linda Onn pada acara karpet merah Anugerah Akademi di Kodak Theater, Hollywood, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dan sikitpun tidak berminat nak siasat siapa yang berkata benar dalam isu ini kerana dada manusia sukar diselam.

Tapi desakan orang sekeliling yang ingin sangat nak tahu cerita di sebalik kekecohan ini maka Kakak Tua pun terpanggil memberi pandangan orang lama pasal isu ini.

Cerita Linda Onn ‘hilang’ ini macam menyimpan bacang masak lah. Semua orang sudah tahu ceritanya cuma kesahihan cerita saja tidak pasti.

Linda yang sepatutnya menjadi pengacara bersama pengacara Channel V, Dominic kononnya merajuk kerana tidak dibenarkan menggayakan sepasang kebaya rekaan pereka muda kelahiran Indonesia, Jovian Mandagie untuk acara itu. Jadi tujuan Linda ke acara anugerah sudah terpesong, sebiji macam ‘cari umbut kena buku’.

Jovian dilabel pereka luar meskipun sudah menetap di sini sejak berusia lima tahun dan kalau tidak silap salah seorang orang tuanya adalah orang Malaysia.

Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah orang luar itu? Tapi itu cerita lain. Plot ‘kehilangan’ Linda di karpet merah bertitik tolak selepas wakil Star TV terbang ke Los Angeles (LA) membawa sepasang pakaian rekaan pereka tempatan, Radzuan Radzwill untuk dipakai Linda beberapa hari sebelum acara berlangsung.

Ceritanya, Linda enggan mengenakan baju rekaan Radzuan itu kerana dia ingin menggayakan kebaya yang direkanya bersama Jovian lalu mengambil keputusan menarik diri menjadi pengacara karpet merah itu.

Antara Radzuan dan Jovian, sama-sama hebat rekaan mereka. Orang kampung macam Kakak Tua tak kisah pun. It’s a matter of taste. One man’s meat is another man’s poison.

Tapi antara kedua brand name ini, tentu saja nama Radzuan Radzwill lebih popular kerana brand itu sudah terlebih dulu mendapat tempat di market artis hiburan dan pihak media.

Rekaan Jovian pula tidak ada kurangnya kerana busana rekaannya pernah menghiasi tubuh Yasmin Hani, Ning Baizura, Kudsia Kahar, Nikki dan Yanie, Krisdayanti, Rossa dan kumpulan Ratu. Radzuan mendapat mandat last minute menyiapkan sehelai pakaian baru untuk Linda Onn dan kebaya moden khas untuk Linda itupun dapat disiapkan dalam tempoh sehari semalam sahaja.

Menurut satu laporan, Linda tidak berkenan kebaya rekaan Radzuan itu yang berkolar tinggi dan menggunakan kain ‘french net’ kerana ianya tampak seksi dan jarang. Semua ini menurut laporan akhbar saja. Yang tersirat atau yang berlaku di sebalik tabir, Kakak Tua pun tak tahu.

Jadi Kakak Tua hanya boleh ulas dari rentetan peristiwa dan kesan dari kejadian. Tindakan atau impak penyampai radio popular itu yang enggan menjadi pengacara karpet merah Anugerah Akademi hanya kerana sehelai baju sahaja memang tidak boleh diterima akal.

Kecoh isu baju ni sampai Kakak Tua jadi malu. Tak boleh ke bersikap profesional sikit. Tolak tepi perasaan kecewa atau merajuk. Soal baju, soal remeh-temeh. Baju siapa yang hendak digayakan sekadar satu tool untuk menjalankan tugas atau assignment.

Tak kanlah kalau wartawan terpaksa menggunakan typewriter kerana tiada computer untuk menghantar story dari luar negara, sampai sanggup merajuk dan kecewa justru tidak menjalankan tugas.

Bukan kah Linda mewakili negara dan Astro ke acara gilang gemilang itu? Apa sangatlah prinsip diri yang entah apa-apa tu kalau hendak dibandingkan dengan komitmen yang sepatutnya diberi. Bukankah menjadi satu kerugian besar menolak peluang keemasan menjadi pengacara karpet merah pada Anugerah Akademi.

Bukan senang mendapat peluang menemu bual bintang-bintang besar Hollywood pada majlis itu. Entahlah kalau Linda bertuah dapat peluang sekali lagi. Setahu Kakak Tua, sikap Linda ni macam bunga-bunga ke arah sindrom ‘diva’.

Semua orang tahu kehebatan Linda. Siapa boleh menandingi populariti DJ Radio seorang ini. Sana sini dia disanjung, ditatang dan juga menjadi anak manja stesen radio ERA. Lama-lama termakan jugalah perasaan yang diri tu hebat.

Di Malaysia, memanglah orang kenal Linda Onn tapi di Amerika, rasanya tidak. Jadi, apa salahnya sarung saja baju lain. Bak kata Marsha sepatah, tak ada maknanya.... Kakak Tua bimbang juga bila kita artis kita ditimpa perasaan dan bersikap seperti ‘cemperling nak jadi bayu.’ Sebenarnya acara itu berjalan dengan lancar tanpa kehadiran Lindapun. Ada Linda ke tak ada sama saja.

Yang kecoh-kecoh pasal baju tak sesuai, tidak kah memalukan diri sendiri juga. Linda patut rasa malu kerana menghampakan peminat yang ternanti-nantikan kemunculannya. Mereka tak sabar melihat kelibat dan aksi Linda menemu ramah artis terkenal di sana.

Peminat saja yang agung-agungkan Linda tapi bila Linda sendiri tanpa rasa bersalah sanggup ‘menghampakan’ mereka.

Dahlah promosi sebelum pemergian Linda ke anugerah itu cukup hebat, mengalahkan dia yang akan bergaya di red carpet. Kakak Tua rasa, Linda Onn keliru yang dia sebenarnya on assignment bukannya artis yang diraikan di karpet merah.

Disebabkan kekeliruan inilah, Linda terlupa yang dia sebenarnya bukan SUBJEK di karpet merah. Jadi menunjukkan tantrum kerana tidak dapat menyarung baju kegemaran adalah satu sikap yang cukup memualkan.

Kakak Tua terkilan sikap tidak profesional Linda. Menarik diri di saat-saat akhir hanya kerana tak puas hati pasal baju.

Alahai.... inilah alasan yang paling bebal pernah Kakak Tua dengar.
KAKAK TUA: Selalu ukur baju badan sendiri.

0 comments: